Saturday, October 18, 2008

Assalamualaikum wbt.
Tuan/puan yang dihormati,

Era kemajuan dan pembangunan yang pesat masa kini menjadikan kita sibuk dengan dunia pekerjaan dan kehidupan seharian sehingga terabai aspek kesihatan dan penjagaannya.

Pusat Mandian Herba ( Al Hammam ) Living Naturally menawarkan cara mudah menjaga kesihatan dan rawatan sokongan kepada perubatan tradisional dan moden yang bebas dadah dan bahan kimia.

Gabungan di antara formula atau kaedah lama herba pilihan membuatkannya unit dan berkesan dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Kami merumuskan ramuan herba semulajadi sesuai dangan pelbagai jenis permasalahan kesihatan anda.

SAUNA & WAP

Amalan mandi wap atau sauna dapat memberikan kesan kepada tubuh kerana wap akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ yang memberi kesan positif.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot dan menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas tubuh badan. Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran salam kulit, menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan menghilangkan kelemumur. Mengamalkan mandian wap dan sauna ini pula boleh menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.

Apakah itu mandian Herba?
Mandian herba adalah satu proses penjagaan kesihatan dengan mengeluarkan toksin badan melalui rawatan yang diamalkan sejak turun-temurun secara memanaskan seluruh badan dengan wap daripada rebusan ramuan ratusan herba terpilih.

Dari mana asal usul mandian herba?
Sejarah mandian wap ini bermula sejak Nabi Sulaiman bin Daud a.s. Baginda adalah orang yang mula-mula menjalaninya dan Puteri Balqis adalah pesakit pertama yang dirawat oleh baginda.kemudian ia berkembang maju pada zaman Yunani hingga sampai ke zaman kelahiran Islam. Baginda Rasulullah SAW telah melakukan pembaharuan seperti memakai kain dan berdoa sebelum ke bilik rawatan.

Bagaimana mandi wap bertindak?
Semasa proses rawatan berjalan, kepanasan wap herba akan bertindak seperti berikut :

Membuka liang-liang roma
Melembutkan urat saraf yang tegang, otot-otot dan pembuluh darah
Membakar lemak yang berlebihan.

Siapa patut menjalani rawatan ini?
Semua orang patut mengamalkan rawatan ini.

# Bagi mereka yang sihat untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan.
# Bagi mereka yang berpenyakit adalah untuk melegakan / membantu pulih daripada penyakit
# Meningkatkan tenaga.

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawati?
Secara ringkasnya amalan mandi wap boleh membantu melegakan penyakit-penyakit berikut:

# Penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan otot-otot
# Penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan
# Wanita lepas bersalin
# Penyakit kulit
# Demam dan selsema
# Melegakan buasir
# Penyakit Kuning


Siapa yang dilarang / tidak digalakkan menjalani rawatan ?
# Orang tua
# Kanak-kanak 15 tahun ke bawah
# Wanita dalam haid
# Mereka yang mengidap cirit birit / cerah muntah
# Mereka yang baru lepas makan ( Masih kenyang )

KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP
Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury. Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll. Meningkatkan sistem kardiovascular, Menghilangkan tekanan dan perehatan otot, Melancarkan peredaran darah, Meningkatkan sistem immunisasi badan, Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki, Meningkatkan tahap metabolisma.